5 HABIT MALAYSIAN BUAT BILA TRAVEL! KORANG YANG MANA SATU?

Melancong keluar negara ni memang wajib ada dalam bucket list semua orang. Time plan tu kalau boleh nak pergi bercuti sampai sebulan! Tapi, yelah kalau dah dari lahir duduk dekat Malaysia, pergi travel mana-mana pun mesti ada terbawa, tak banyak pun mesti ada sikit. Kadang-kadang tak perasan weh, lupa kita dekat negara lain!

Cuba tengok list-list dekat bawah ni. Ada ke yang pernah korang buat?

  1. Bawa sambal ikan bilis, mi segera dan milo! Selera orang Malaysia sangat!

Ada orang memang selera dia tak boleh lari daripada makan makanan pedas atau pun makanan malaysia ni. Tak kisah lah sambal, segala jenis sambal dia suka, budu, tempoyak, cencaluk eh semua lah. Tekak melayu orang kata. Tak nak terima langsung makanan cheese, cheese ni. So, bila pergi travel kusut fikir, macamana nak survive ni!! Makanan kat luar negara mana sama kan? Pedas diorang pun lain, dah tu kena tak dengan tekak?

So penyelesaianya, korang pun bungkuslah segala makanan  dan bawa pergi travel.  Ada bawa sambal jawalah, meggi lah. Budu pun ada orang bawa tau! Lagi umph katanya..

  1. Cakap Bahasa Rojak

Kalau dah orang Malaysia tu.. orang Malaysia juga lah kan? Kat sini dah terbiasa cakap bahasa rojak. Kalau nak bungkus makanan pun kita main cakap je “Aunty, nak tapau mee goreng satu!”.  Kadang-kadang satu ayat tu ada 3 bahasa!

Perangai ni terbawa-bawa pergi travel, sampaikan cakap dengan mat salleh pun terkeluar “Can lah” atau ” Where got”. So next time kalau nak pergi travel, try control rojak korang tu ok!

  1. Nak matahari!! Dah beku dah ni!

Dekat Malaysia ni, kalau hujan je dah dianggap sejuk gila. Kalau tengah tidur terus tarik selimut, pergi class pakai sweatshirt semua. Bila travel ke negara-negara beriklim sejuk ni ha lagi lah menangis! Pakai baju berlapis-lapis, beria nak buat mulut berasap bila bercakap. Padahal suhu baru 20 celcius!

  1. Pantang nampak orang Malaysia, terus borak macam sedara!

Peramah dan suka berbual memang gaya orang Malaysia. Tapi bila travel ni lain sikit lah. Tak semua negara sama kan? Sebabkan memang habit orang Malaysia ni macamtu, bila-bila diorang terjumpa orang senegara time travel , ha mula lah borak macam dah kenal 10 tahun! Padahal… baru 5 minit..

  1. Nak Mak, Ayah, Kucing, Katil eh semua lah!!

Ini point yang paling syahdu sekali. Tak semua parents ada telefon canggih untuk Whatsapp dan video call time korang travelkan? Korang pulak memang jenis kaki update dekat parents korang, Sehari kalau tak contact memang tak sah! Diorang memang tak cukup setakat mesej, nak juga dengar suara anak mereka.  Nak call dan mesej time travel pula memang mahal sungguh! Dah la rindu parents, tambah pula dengan rindu kucing yang dari kecik korang jaga. Haih parah beb.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *