11 RAHSIA MENDIDIK ANAK UNTUK MENJADI ANAK YANG SOLEH!

Inilah seharusnya cara mendidik anak-anak kecil dalam sebuah keluarga yang harmoni. Panduan yang diberikan ini adalah perkongsian daripada status facebook Husin Bin Almuhdar, Khodimul majelis at Jalsah Itsnain Kediri, Indonesia.

Fahamkan catatan ini kerana ada aturan cantik yang mak ayah boleh terapkan dalam membesarkan anak-anak. Semoga mereka menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa dengan cara yang dituntut oleh Islam.

Orang-orang Soleh dari Keluarga Ba’alawi (semoga Allah meredhai mereka) memiliki 11 konsep dalam mendidik anak-anak mereka:

  1. KETIKA MENYUSU ANAK JANGAN PUTUSKAN ZIKIR

Nasihatkan kepada isteri-isteri mereka ketika menyusui lidahnya tidak putus untuk terus membaca Ayat Kursi dan Al ikhlas, Al falaq, An nas.

  1. AJARKAN DOA INI

Pertama kali yang diajarkan ke anak mereka ketika baru belajar bercakap. Kalimat yang berbunyi:

“Rodhitu billahi Robba Wa bil Islami diina Wa bimuhammadin sholla Allahu ‘alayhi wa sallam Nabiyyan wa Rosuula”

Ertinya (aku redha Allah sebagai Tuhanku dan Islam agamaku dan Nabi Muhammad Nabi dan Rosulku)

  1. BANGUN SUBUH

Biasakan anak-anak mereka sejak kecil untuk bangun sebelum tiba waktu Subuh.

  1. BERTANYAKAN AMALAN YANG BAKAL DILAKUKAN PADA BULAN BARAKAH.

Sebelum memasuki bulan-bulan barakah seperti Ramadan, mereka mengumpulkan anak-anak mereka dan bertanya kepada mereka, apa yang akan kalian lakukan di bulan yang penuh keberkatan ini. Antaranya, membaca Al Quran, zikir, sedekah dan lain-lain.

  1. AJARKAN NIAT YANG BAIK.

Mereka mengajar anak-anak mereka dengan niat yang baik sebagaimana mengajar mereka surah Al Fatihah.

  1. PENUHI RUANG RUMAH DENGAN MAJLIS ILMU

Mereka mengadakan majlis ilmu di rumah, dan mengumpulkan seluruh ahli keluarga yang ada di rumah.

Majlis harian atau mingguan. Mereka akan membaca sedikit dari Al Quran Al Karim (bertadarus) dan membaca kitab-kitab hadis serta fiqih. Dan mereka menutup majlis dengan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

  1. SEBAIK ANAK AKIL BALIGH

Sebaik anaknya akil baligh, mereka akan beritahu yang diri mereka itu sudah wajib melaksanakan perintah dan suruhan Allah.

Dan setiap kebaikan, dosa dan pahala baik tulisan, ucapan mahupun perbuatan akan dicatatkan oleh dua malaikat.Perkara itu akan diadakan perayaan yang dihadiri para ulama dan orang-orang soleh.

  1. SEGERAKAN BERNIKAH

Mereka tidak menangguhkan pernikahan anak-anak sebaik mereka baligh kerana dibimbangi terjerumus kepada kemaksiatan.

  1. JIKA MAHUKAN SESUATU PINTALAH DALAM SOLAT

Mereka mengajar anak-anak dengan berdoa memohon kepada Allah dalam apa juga situasi yang dihadapi.

Apabila anak-anak inginkan sesuatu dari ibu bapanya, mereka minta anaknya mengambil wudhu dan solat 2 rakaat.

Mintalah pada Allah hajat-hajat itu. Setelah solat, ibu bapanya akan memberikan apa yang anaknya minta lalu menuturkan ‘Sungguh Allah yang mengkabulkan doamu’.

  1. BERIKAN ANAK TUGASAN KE PASAR, MENYAPU, MELAYAN TETAMU

Mereke memberi tugasan kepada setiap anak. Ada yang tugasnya membeli barangan di pasar, ada yang menyapu rumah. Ada yang tugasnya melayani tetamu dan mengambil air dan sebagainya.

  1. FOKUS LEBIH DENGAN PELAJARAN ANAK PEREMPUAN

Ibu bapa lebih banyak menumpukan pada pembelajaran anak-anak perempuan berbanding anak lelaki. Ini kerena, anak perempuan tidak keluar rumah.

Semoga 11 rahsia keberkesanan cara didikan orang-orang soleh ini dapatlah sedikit sebanyak dipraktikkan dalam keluarga kita.

Barangkali ia tidak semudah yang dicatatkan ini, namun berbaliklah dan berserahlah kepada Allah agar diberi kemudahan untuk mak ayah melaksanakannya dalam diri anak-anak.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *