SUAMI TIKAM RAKAN SERUMAH AKIBAT MENGGODA ISTERINYA!

Sebab itu dalam islam melarang sekeras-kerasnya menganggu rumahtangga orang lain. Manusia mempunyai sifat marah, jika sudah sampai tahap menganggu rumahtangga dan menggoda pasangan, tidak hairan la maut menanti.

Baru-baru ini dilaporkan seorang lelaki mati ditikam oleh rakan serumahnya kerana disyaki telah menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. Suami mana yang tidak marah dan cemburu apabila mengetahui isterinya digoda rakan serumah sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy, berkata, mangsa dan abangnya warga Madura tinggal bersama suspek dan isterinya di tapak Sky Awani Kondominium, Kampung Batu Muda sejak dua bulan lalu.

“Sepanjang tinggla bersama, Horiri menjalinkan hubungan gelap dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Yumyat.

“Bagaimanapun perbuatannya diketahui oleh suami wanita terbabit yang pernah memberi amaran kepada abang mangsa agar menjauhi isterinya,” katanya.

Oleh kerana terlalu berang dengan tindakkan mangsa yang masih terus menggoda isteri suspek menyebabkan suspek marah lalu bertindak menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak tiga kali dalam kejadian Rabu lalu. Kepala mangsa juga dijirus dengan air panas, dipercayai ritual kepercayaan masyarakat Madura sebelum suspek melarikan diri.

Siasatan awal mendapati, mangsa ditikam di belakang badan, tengkuk dan dada kiri sehingga menembusi jantung dan paru-parunya yang menjadi punca kematian mangsa.

“Ketika ditemui, terdapat tiga kesan tikaman dan salah satunya mengenai jantung serta paru-paru punca kematian,” katanya.

Hasil maklumat yang kita terima, motif pembunuhan ini adalah disebabkan perasaan cemburu di mana mangsa dipercayai menjalinkan hubungan dengan isteri suspek. Mana-mana suami pun pasti akan bertindak diluar batasan jika sudah diberi amaran masih juga berdegil untuk menganggu isteri orang.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai mengesan dua suspek pasangan suami isteri yang dipercayai masih bersembunyi di negara ini, menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Farokh Faisal Ahmad di talian 017-7762991.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *