SHUIB SEPAHTU UMUM UNDUR DIRI SEBENTAR TADI! SEDIHNYA……

Secara eksklusif kami umumkan bahawa tanggal 29 November 2017, Shuib Sepahtu telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dalam bidang kerjaya sebagai penyampai radio Sinar FM.

Pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Shuib sebentar tadi menerusi segmen Sepahtu Sinar. Berikut merupakan antara jawapan dari Shuib kenapa dia hendak mengundurkan diri dari Sepahtu Sinar.

“Saya dengan ini membuat keputusan ingin berhenti dari menjadi penyampai Sinar FM kerana atas faktor kekangan masa dan komitmen kerja lain. Keputusan yang diambil oleh saya ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak serta sudah lama memikirkan tentang hal ini”, kata Shuib.

Hari ini juga genap dua tahun geng #Sepahtu bersama dengan keluarga Sinar. Walaupun sukar untuk menerima keputusan ini, kami doakan Shuib berjaya dalam apa  bidang yang diceburi sekalipun.

Sumber : Sinarfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *