(12GAMBAR) KONGSI STATUS DI FB MAHU MATI HARI JUMAAT KEMUDIAN AJAL MAMAT MAUT TERSEPIT DITRELERNYA ..

Nilai : Kemalangan tragis pagi tadi mengorbankan pemandu nya Muhammad Md Jidin, 27, atau lebih mesara dengan panggilan Mamat.

Mamat maut tersepit ditempat kejadian apabila treler dipandunya merempuh sebuah treler yang rosak di Kilometer 43.5, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah utara, berhampiran Nilai, awal pagi, hari ini.

Paling mengundang pilu rakan-rakan nya Mamat berkongsi status difacebook mengenai ceramah seorang Ustaz yang mana kelebihan mati hari Jumaat.

Tidak disangka hari ini 08.12.17 bersamaan hari Jumaat Mamat dijemput ilahi, apa yang dikongsikan dirinya difaceooknya mati hari jummat kinin jadi kenyataan ini mengundang pilu insan yang mengenali dirinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, pada kejadian 7.15 pagi, mangsa dalam perjalanan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini.

Katanya, mangsa tidak menyedari sebuah treler yang rosak berada di lorong kecemasan di hadapan, lalu merempuhnya.

Akibat kejadian, mangsa maut di lokasi berikutan parah di kepala. Seorang lagi pemandu treler, Zahari Mamat, 47 tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Khairullizal Abu Kasim berkata, 10 anggota dikerahkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kejadian.

Katanya, pihaknya memerlukan 27 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Siasatan mendapati treler dipandu Muhammad membawa muatan plastik dikenali sebagai ‘polyethylene’ manakala sebuah lagi treler membawa tiang cerucuk konkrit,” katanya.

Semoga keluarga arwah Mamat tabah perginya dihari mulia meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil pergi nya ketika mencari rezeki. Al fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *