‘TAK SABAR NAK BALIK, MACAM-MACAM DUGAAN DI SINI’ – SAJAT TERKILAN DIMARAH DAN DIKATAKAN LEMBAB OLEH ALIFF SYUKRI

“Tak sabar nak balik Malaysia. Macam-macam dugaan kat sini. Yang penting, rindu makanan Malaysia,” demikian kenyataan ringkas Nur Sajat di akaun Instagramnya sejam yang lalu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial netizen beramai-ramai menekan butang dislike pada video lagu Abang Nak Tegur, yang dinyanyikan oleh Dato’ Aliff Syukri berduet dengan Sajat.

Aliff terdahulu pernah menjelaskan bahawa dia sudah puas memujuk isterinya untuk berduet dengannya, namun isterinya enggan.

Sajat di Instagramnya juga turut memuat naik gambar kedua yanng menunjukkan emoticon sedih dengan kapsyen berikut:

“Gambar ini sudah cukup menceritakan kesedihan yang ku alami. Nak balik Malaysia cepat,” tulisnya.

Rupa-rupanya Sajat dimarahi oleh Aliff

Setelah disiasat, rupa-rupanya Sajat terasa hati apabila dia dimarahi oleh Aliff ketika sedang menjalani penggambaran video muzik berkenaan.

Dalam video yang dimuat naik oleh Aliff sebelum dibuang, dengan jelas dan terang Aliff mempersoalkan usaha Sajat yang dikatanya seperti tidak pandai menari sebelum menggelarnya lembab.

Sajat yang terkejut dengan kenyataan Aliff itu kemudian mengambil jaketnya dari Lisa Surihani dan berlalu pergi sambil menangis.

Sementara itu, Aliff memuat naik gambar teks dalam gambar yang menyatakan ada dua jenis manusia yang pertama mudah meminta maaf walaupun bukan salah dirinya dan kedua jenis yang buat salah tetapi buat muka tak bersalah.

Di ruangan komen gambar itu, netizen mendakwa itu semua hanyalah gimik semata-mata bagi tujuan-tujuan tertentu.

Sementara itu followers dan peminat Sajat pula meminta orang ramai berhenti menghentam Sajat.

“Dahlah. Tak baik tau komen negatif kat Nur Sajat. Dia pun ada perasaan. Korang ni fikirlah sikit. Bawa bersabar Nur sajat, biarlah diorang nak kata apa. Yang penting, teruskan ke hadapan,” katanya.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *