SAYUNYA LUAHAN SAJAT SELEPAS DIMARAHI ALIFF SYUKRI

Sebelum ini, kecoh di media sosial netizen berkenaan kenyataan ringkas Nur Sajat di akaun Instagramnya yang berkata “Tak sabar nak balik Malaysia. Macam-macam dugaan kat sini. Yang penting, rindu makanan Malaysia,”

Dahla netizen beramai-ramai menekan butang dislike pada video lagu Abang Nak Tegur, yang dinyanyikan oleh Dato’ Aliff Syukri berduet dengan Sajat, ini dimarahi pula dengan Aliff.

Dalam satu video tular di media social, Sajat meluahkan perasaan selepas dimarahi oleh Aliff.

“Aku dah terkinja-kinja macam monyet dah, itupun tidak bersyukur…. Ini jadinya… Macam-macam… Standby sampai pukul 8 pagi lah…” luahan sajat di dalam video itu.

Sajat di Instagramnya juga turut memuat naik gambar kedua yanng menunjukkan emoticon sedih dengan kapsyen berikut:

“Gambar ini sudah cukup menceritakan kesedihan yang ku alami. Nak balik Malaysia cepat,” tulisnya.

Dalam video yang dimuat naik oleh Aliff sebelum dibuang, dengan jelas dan terang Aliff mempersoalkan usaha Sajat yang dikatanya seperti tidak pandai menari sebelum menggelarnya lembab.

Sajat yang terkejut dengan kenyataan Aliff itu kemudian mengambil jaketnya dari Lisa Surihani dan berlalu pergi sambil menangis.

Pautan video luahan Sajat dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *