IBU TERGAMAK RACUN 3 ANAK ANGKARA TEKANAN SUAMI CURANG DAN TIDAK DIBERI NAFKAH

Seorang ibu bertindak di luar batasan apabila tergamak membunuh tiga orang anaknya sebelum dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Ia dikatakan berpunca tekanan perasaan yang dialami setelah suaminya mengabaikan nafkah selama 3 tahun dan telah berkahwin lain baru-baru ini.

Laporan atas talian media tempatan Indonesia melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Evy Suliastin Agustin, 26, itu mengambil nyawa anak-anaknya Sayid Mohammad Syaiful Alfaqih (6), Bara Viadinanda Umi Ayu Qurani (4) dan Umi Fauziah (4 bulan) dengan memberi mereka minum racun serangga.

Wanita ini kemudian cuba membunuh diri selepas mendapat tahu suaminya berkahwin lain pada 15 Jan lepas. Dia juga tertekan sebab suaminya tuduh anak keduanya adalah hasil hubungan dengan lelaki lain.

Polis berkata wanita ni menghadapi tekanan yang sangat kuat hingga melakukan perkara diluar jangkaan.

Semua perbuatan pembunuhan wanita itu dilakukan di rumah ibunya yang juga tempat tinggal mereka sekeluarga sejak Evy berpisah dengan suaminya, ujar Ketua Polis Jombang AKBP Agung Marlianto lapor Detik.Com.

Ujar Agung, ketika kejadian ibu dan adik kandung Evy tiada di rumah.

Difahamkan, rumah berkenaan didiami oleh Evy bersama tiga orang anak kandungnya iaitu, Sayid Mohammad Syaiful Alfaqih, Bara Viadinanda dan Umi Ayu Qurani bersama adik kandung Evy Nurus Shobikhah dan ibu Evy Lismiati.

Evy dipercayai membawa ketiga-tiga anaknya ke bilik mandi, sebelum memberi mereka minum racun, ujar Agung lagi.

Ketiga-tiga adik beradik berkenaan ditemui mati selepas adik Evy pulang ke rumah.

Sementara itu, Evy ditemui dalam keadaan kritikal, kata Nurus.

Ketika ini, Evy sedang dirawat di Hospital Jambong.

Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penyebab kelakuan Evy, sementara siasatan awal mendapati Evy bertindak sedemikian setelah bekas suaminya tidak memberi nafkah selama tiga tahun.

Kejadian berlaku di  Jombang, Jawa Timur, Indonesia

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *