FARID KAMIL AKUI SEDANG JALANI RAWATAN

Aktor Datuk Farid Kamil mendedahkan beliau kini dalam proses menjalani rawatan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, berkata, dia bersyukur kerana urusan tersebut berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

Pelakon Evolusi KL Drift ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang jenis rawatan yang dijalaninya.

“Alhamdulillah semuanya okey. Proses rawatan juga berlangsung dengan baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” kata Farid kepada portal Mstar Online.

Difahamkan, beliau menjalani rawatan kesihatan sejurus selepas dibebas reman pada 16 Januari lalu.

Beliau bersetuju untuk berhadapan pemeriksaan kesihatan selepas menerima nasihat daripada kedua adiknya, aktor Fadzil Zahari dan Dr. Anis Anwar.

Terdahulu, Farid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu.

Aktor itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada tarikh sama dengan sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan.

Terdahulu, Farid juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *