Wajah anak dihina, Nedim mohon Nora bersabar

KUALA LUMPUR – Mengakui sedih apabila bayinya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz atau lebih dikenali sebagai Ney Ney dihina wajahnya oleh netizen, pelakon Nora Danish mengatakan dia mendapat banyak suntikan semangat daripada suaminya, Nedim Nazri.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif berkata, walaupun menangis seharian apabila menjadi mangsa buli siber, Nedim banyak menenangkannya.

“Sebelum ini, perkara ini (dibuli) banyak berlaku kepada selebriti lain sehinggalah apabila ia terjadi sendiri kepada saya, saya amat terkejut.

“Bagaimana bayi yang baru sebulan, orang boleh berkata buruk tentangnya. Bagaimanapun, suami banyak memberikan sokongan moral kepada saya dan mengingatkan supaya bersabar.

“Saya tidak menyalahkan netizen kerana yang menghina mungkin hanya dua peratus sahaja bukan semua,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran Karva Salon For Ladies miliknya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Nora, 36, menegaskan tiada akaun Instagram rasmi buat Neqayl setakat ini.

“Biarlah apabila dia sudah besar nanti, dia sendiri yang akan membuat Instagram sendiri. Setakat ini, segala gambar-gambar dia masih kecil akan saya kongsi di akaun Instagram saya sendiri.

“Akaun yang ada di Instagram dicipta sendiri oleh peminat-peminat, bukan saya,” ujar pelakon Bukan Cinta Malaikat itu.

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.